Waadat Kembali

Wednesday, September 18, 2019

P E N G A S A S MINYAK MORHABSHI


(dikenali juga sebagai minyak morha)

USTAZ Hj Abdul Hamid Ahmad @ Lebai Mat dilahirkan, dibesarkan, dan menetap di Kedah sehingga meninggal dunia pada tahun 2005 dalam usia lebih 80 tahun.

Setelah bersara daripada perkhidmatan awam sebagai guru agama beliau dipelawa oleh sahabatnya Tuan Guru Hj Nikmat menyertai Maahad Islamiyah Derang Kedah yang menyediakan pengajian Islam dan persediaan untuk pelajar yang akan ke universiti timur tengah.

Pengasas maahad tersebut menjemput ustaz Hamid bukan hanya sebagai tenaga pengajar tetapi juga bagi membuka dan mengurus pusat rawatan untuk seluruh warga maahad serta penduduk sekitar.

Sejak muda ustaz Abdul Hamid cenderung dalam bidang rawatan. Beliau amat berminat dengan perubatan menggunakan tumbuhan yang banyak terdapat di kepulauan melayu.

Selain ilmu agama, beliau turut mendalami kaedah perubatan Islam yang menggunakan ayat al-Quran serta doa dan amalan para ulama silam.

Beliau menguasai bahasa Melayu, Arab, dan Inggeris serta fasih bertutur bahasa siam.

Perpustakaan peribadi beliau samada di Jitra mahupun di Derang penuh dengan kitab² dan buku² perubatan dalam ketiga² bahasa tersebut. Ini termasuklah buku² perubatan modern tulisan tokoh perubatan barat.

Minat yang mendalam pada bidang rawatan dan perubatan menyebabkan beliau melanjutkan pelajaran dalam perubatan homeopathy pula.

Kesungguhan beliau dalam homeopathy terserlah apabila membantu sahabat beliau iaitu Dr Azizan membuka klinik homeopathy di Jitra. Dr Azizan adalah pengasas syarikat Era Edar, yang memasarkan produk berasaskan homeopathy.

Ustaz Abdul Hamid kemudiannya membuka klinik Darus Syifa di Derang Kedah dengan menggabungkan kaedah rawatan Islam, herba tradisional, dan homeopathy.


Beliau telah menulis tiga buah buku perubatan iaitu:
1. Kitab Attabib Walhikmah 1 dalam tulisan jawi yang mengandungi ayat² Al-Quran, doa, dan amalan ulama Islam bagi merawat pelbagai penyakit.

2. Buku Attabib Walhikmah 2 (rumi) pula mengandungi lebuh 100 formula dan petua perubatan berasaskan tumbuhan. Semasa hayat beliau terdapat beberapa syarikat yang mengeluarkan produk kesihatan menggunakan kitab tersebut.

3. Buku Praktis Homeopathy pula ditulis oleh beliau khusus untuk pengamal perubatan homeopathy yang telah mendapat tauliah. Dalam buku ini beliau berkongsi pengalaman puluhan tahun merawat pesakit menggunakan kaedah homeopathy.

Kitab Attabib wal Hikmah


Pembacaan luas beliau dalam bahasa Inggeris dan Arab menemukan beliau dengan resin tumbuhan dari timur tengah yang dipanggil morha atau morhabshi. Dalam perubatan, resin ini dinamakan myrrh yang diambil daripada perkataan arab iaitu mur bermaksud pahit.

Myrrh direkod dalam daftar botani sebagai Commiphora myrrha. Dalam sejarah Mesir purba ia amat dihargai hingga senilai dengan emas. Seterusnya digunakan secara meluas dalam zaman Rome. Ketika tamadun Islam myrrh dikembangkan ke kepulauan melayu melalui pedagang dan pendakwah.

Melalui bacaan, pemerhatian, kajian, dan pengalaman beliau mendapati resin daripada pohon myrrh ini lebih berkesan jika dicampur dengan tumbuhan tempatan.

Beliau juga menemui kaedah penggunaan myrrh yang paling sesuai ialah dengan menjadikannya dalam bentuk minyak. Ini akan memudahkan para pengguna menyapunya pada kulit dan terus meresap.

Lebih menarik lagi produk yang beliau hasilkan ini tidak mengeluarkan bau sebagaimana minyak angin biasa. Selain itu ia juga tidak meninggalkan kesan warna pada pakaian. Bahkan pengguna juga tidak merasakan minyak itu melekit atau menjadi kurang selesa ketika menggunakannya.

Antara tumbuhan yang beliau gunakan selain resin Myrrh ialah Safron (herba 1001 khasiat yang terkenal di seluruh dunia), Mustakim (amat terkenal di India), Sireh, Raja Kayu, Senduduk, Hempedu Bumi, Minyak Zaitun, Minyak Bijan, dan beberapa herba serta minyak lain daripada tumbuhan tempatan.

Produk tersebut dinamakan Minyak Morhabshi. Ia menjadi alternatif kepada minyak berasaskan haiwan seperti kambing gurun, gamat, lintah dan lain².

Latar belakang pengasas dan keunikan tumbuhan yang digunakan membuatkan warisan bernilai tinggi ini terus mendapat sambutan orang ramai.



Maklumat tambahan:
Lihat juga artikal berkenaan khasiat myrrh dalam perubatan serta kajian sains terbaru mengenainya di seluruh dunia, terutama dalam bahasa Inggeris.

Kad Pengenalan Pengasas Minyak Morhabshi

---------------------------------------------------------------
 
---------------------------------------------------------------
 <<Menu>>                                     <<khasiat>>
---------------------------------------------------------------
 <<Pengakuan Pengguna>>



Rahsia getah pokok di padang pasir somalia

Berasal dari somalia dan tumbuh sekitar afrika dan tanah arab  Selain perubatan modern yang muncul pada abad mutakhir ini manusia tent...