Waadat Kembali

Saturday, February 8, 2020

Sebab banyak saiz


Masa saya belajar di KL dulu ada seorang pemuda keturunan mamak (india muslim) jual cendol.

Cendolnya dimasukkan dalam tong besar dan pelanggan boleh beli ikut suka mereka. Nak banyak mana? Nak beli seringgit, dua ringgit atau bawa jug sendiri.

Beliau berniaga hampir setiap hari. Kalaupun bukan setiap penduduk beli cendolnya tetapi jika 10% daripada taman perumahan yang kami diami itu jadi pelanggan, ertinya dah ada 50 orang.

Kalau 4 buah taman? 200 pelanggan la. Saya rasa lebih! Itu baru sehari.

Saya suka idea beliau iaitu pembeli boleh bawa bekas sendiri dan beli ikut keperluan.

Idea itu yang saya terapkan dalam pengeluaran minyak morha. Cuma, tidak praktikal untuk pelanggan sediakan bekas sendiri.

Maka saya sediakan berbagai saiz botol iaitu 10ml, 15ml, 20ml, 30ml, 60ml, 120ml, 150ml, dan 500ml. Malah 5000ml pun ada. Memang ada syarikat yang beli dan botolkan semula dengan jenama sendiri.

Sebahagian dari saiz yang ada.

Ada orang nak cuba dulu. Saya sediakan botol 10ml. Saya bagi percuma. Tester.

Ada orang nak saiz 15ml. Kecil dan mudah dimasukkan dalam beg tangan.

Ada orang suka beli setiap bulan. Saya keluarkan saiz 30ml. Ada yang beli beberapa botol untuk rumah, anak di asrama, dan letak dalam kereta.

Minyak Morha Serai pula ada 2 saiz. 60ml dan 150ml

Oh ya. Ada dua versi Minyak Morha iaitu Minyak Morha nutral dan Minyak Morha serai.

Minyak Morha nutral (kotak gelap) dan Minyak Morha serai (kotak putih)

Ramai yang tanya, apa bezanya? Bagi saya, khasiat dan kegunaannya sama. Cuma ada yang gemar bau harum serai dan ada yang tak mahu baunya menarik perhatian orang.

Banyak gunanya. Sakit perut. Luka, gatal²...

Biasanya pelanggan lama beli saiz 120ml.

Makin ramai jiran dan saudara mara saya beli saiz 500ml. Saya sertakan botol pump 20ml. Mudah dibawa, mudah diguna, dan mudah diisi semula.

Allahyarham Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas Minyak Morhabshi

Saya sekeluarga guna untuk macam² perkara.

Allahyarham Ustaz Radzi Melissa, anak pengasas Minyak Morhabshi. Bapa saudara saya.

Dah lebih 20 tahun saya keluarkan dan guna sendiri. Ramai yang jadi pengguna setia samada saudara mara, kawan², dan pembeli tak dikenali. Asalnya tak kenal tapi lama² dan jadi sahabat handai.

Ramai yang beli banyak², saya bagi harga istimewa. Mereka jual pada kawan², jiran, dan saudara mara.


Alhamdulillah. Minyak Morhabshi yang lebih dikenali sebagai minyak morha dah jadi industri. Di samping untuk kesihatan ia juga jadi pendapatan sampingan untuk ramai orang.


Insya-Allah. Semuanya dengan izin Allah. 

Rahsia getah pokok di padang pasir somalia

Berasal dari somalia dan tumbuh sekitar afrika dan tanah arab  Selain perubatan modern yang muncul pada abad mutakhir ini manusia tent...