Waadat Kembali

Friday, April 17, 2020

Rahsia getah pokok di padang pasir somalia

Berasal dari somalia dan tumbuh sekitar afrika dan tanah arab 

Selain perubatan modern yang muncul pada abad mutakhir ini manusia tentunya mempunyai kaedah perubatan yang tak kurang hebat selama ribuan tahun.

Antara kaedah perubatan yang terus popular di kalangan orang ramai di seluruh dunia ialah daripada resin tumbuhan.

Salah satu resin terkenal ialah Myrrh dari spesis genus Commiphora.

Sebelum itu sila bezakan antara Myrrh dengan arabic gum (Frankincense atau olibanum) yang hampir sama bentuk dan kejadiannya.


Biasanya Frankincense atau gum arab berwarna kekuningan manakala myrrh atau morhabshi berwarna lebih gelap.


Seterusnya mari kita lihat kajian, pemerhatian, dan pengalaman menggunakan myrrh di seluruh dunia.

Myrrh diambil daripada bahasa arab iaitu mur yang bermaksud pahit.


Pada zaman Mesir Myrrh dinilai sama dengan emas.

Dalam satu artikal yang ditulis oleh Marsha McCulloch, MS, RD January 4, 2019 di laman healthline:

11 kelebihan myrrh yang mengejutkan
(11 Surprising Benefits and Uses of Myrrh Oil)

1. Membunuh Bakteria Berbahaya
(Kills Harmful Bacteria)
Dikatakan lama sebelum para saintis mengetahui berkenaan mikrob manusia telah menemui penawar bakteria daripada sumber semulajadi terutama tumbuhan.


2. Membantu kesihatan dalam mulut
(May Support Oral Health)
Web tersebut mengatakan ini termasuklah gusi, gigi, lidah, dan tekak.


3. Menjadikan kulit sihat
(Supports Skin Health)
Pengkajian dan penelitian mendapati keberkesanan dalam menjadikan kulit lebih baik.


4. Mengatasi Kesakitan dan Bengkak
(Combats Pain and Swelling)
Web tersebut menyatakan maksud kesakitan termasuklah sakit kepala, sakit sendi dan sakit belakang.

Myrrh dikatakan menghalang pengeluaran bahan kimia keradangan yang boleh menyebabkan pembengkakan dan kesakitan.


5. Dipercayai menjadi antioksiden yang kuat
(May Be a Powerful Antioxidant)
Penulis juga mengatakan hasil kajian mendapati myyrh lebih baik berbanding vitamin E.


Disiarkan di sini cuma 5 khasiat myrrh. Khasiat lain boleh baca artikal penuh di https://www.healthline.com/nutrition/myrrh-oil#section5

Resin myrrh keluar daripada batangnya yang ditetak.


Sumber lain iaitu Portal Medical Health News juga turut mengungkap keistimewaan myrrh.

Medically reviewed yang dibuat oleh Natalie Olsen, R.D., L.D., ACSM EP-C on May 21, 2018 dalam tajuk Health benefits and risks of myrrh.

Rencana untuk siaran tersebut ditulis oleh Joseph Nordqvist.

Catatan awal rencana itu menyatakan Myrrh adalah resin yang berasal dari tumbuhan genus Commiphora, yang tumbuh di Afrika Utara dan Timur Tengah.

Antioksidan
Kajian ini juga sependapat dengan artikal yang ditulis oleh Marsha McCulloch, MS, RD January 4, 2019 di laman healthline tadi iaitu Myrrh berpotensi sebagai Antioksidan.

Rupa dan bentuk myrrh. Ia boleh dimakan begitu sahaja tetapi dalam kuantiti yang amat kecil. Jangan buat jika tidak ada pengetahuan mengenainya.


Hepatotoksisiti
Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Toksik Makanan dan Kimia mendapati bahawa emulsi myrrh (Commiphora molmol) dapat melindungi terhadap hepatotoksisiti yang disebabkan oleh plumbum (PbAc).

Seterusnya laman itu mencatatkan:

Kanser Ginekologi
"Myrrh ada ciri-ciri antikanser. Ini berdasarkan dapatan sekumpulan penyelidik China yang mendedahkan bahawa ekstrak dan sebatian dari resin Myrrha Commiphora mungkin berkesan terhadap sel-sel kanser ginekologi manusia.  Penemuan mereka diterbitkan dalam Jurnal Penyelidikan Tanaman Ubat."

Neuropatik
Dalam kajian lain pada tahun 2017 saintis menerbitkan hasil yang menunjukkan bahawa myrrh boleh membantu melegakan sakit neuropatik.

Artritis Reumatoid
Myrrh telah lama digunakan di bahagian Asia sebagai ubat tradisional untuk penyakit radang.  Pada tahun 2015, penyelidik menerbitkan hasil kajian tikus yang menunjukkan bahawa ia boleh membantu merawat keradangan yang dikaitkan dengan rheumatoid arthritis (RA).

Seterusnya portal kesihatan tersebut menyenaraikan kegunaan myrrh secara khusus berdasarkan amalan pengguna di seluruh dunia. Ia bukanlah transkrip daripada mana² hospital sebaliknya pengalaman pengguna secara tradisional.

cough (batuk)
asthma (asma)
indigestion (perut/pedih ulu hati)
ulcers (ulser)
sore throat (sakit tekak/virus)
congestion (hidung/sinus/selsema)
hemorrhoids (buasir)
joint pain (sendi)
maintaining healthy skin (rawatan kulit)

Lihat sumber asal di https://www.medicalnewstoday.com/articles/267107#health-benefits

Resin myrrh biasanya dijadikan minyak sebelum digunakan


Antara web paling awal membuka rahsia keunikan myrrh ialah https://draxe.com/essential-oils/myrrh-oil/

Laman Dr Axe ini menyatakan ada 10 khasiat dan kegunaan resin myrrh.

Antaranya:
Embalming (pengawet)
Flavoring for food (perasa makanan)
Treating hay fever (merawat demam)
As an antiseptic to clean and treat wounds (sebagai antiseptik untuk membersihkan dan merawat luka)
To help stop bleeding (menghentikan pendarahan

Myrrh telah menarik minat para pengkaji di seluruh dunia. Kajian dan dapatan berkenaan khasiat myrrh dapat dilihat bertambah dari semasa ke semasa.

Malah sejak akhir² ini kajian terhadap myrrh semakin galak dilakukan berikutan kesedaran masyarakat dunia untuk kembali pada kaedah semulajadi terutamanya menggunakan tumbuh²an.

Meskipun tumbuhan ini tumbuh jauh di timur tengah dan afrika namun ia telah digunakan di kepulauan melayu termasuk Malaysia. Namun penggunakan myrrh belum begitu meluas mungkin kerana kekurangan publisiti mengenainya.

Wallahu'alam.

Rahsia getah pokok di padang pasir somalia

Berasal dari somalia dan tumbuh sekitar afrika dan tanah arab  Selain perubatan modern yang muncul pada abad mutakhir ini manusia tent...